...

news and media

Katanya, platform yang diperkenalkan itu amat bertepatan dan mendukung hasrat Kerajaan Negeri dalam memperkasakan revolusi sistem pendidikan ke arah penggunaan digital secara lebih meluas. “Platform ini menyediakan perkhidmatan untuk 25 subjek teras yang diajar di sekolah rendah dan menengah di Malaysia, sekarang semuanya di hujung jari. “Kemudahan ini juga memberi manfaat kepada para guru,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran MyLAH di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, di sini, semalam. Hadir sama, Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Melaka, Datuk Rozlan Mohamed; Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Karim Tumin; Pengerusi Yayasan Pendidikan Malaysia, Mohd Najib Mohd Noor; Ketua Pegawai Eksekutif BjaQ Group (M) Sdn Bhd, Amirul Anas Abdul Aziz serta tetamu lain

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berucap pada Majlis Pelancaran My Learning Assistance Hub (MyLAH) di Dewan Taming Sari UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Foto: MR. AZLI

Katanya, platfrom MyLAH atau ‘My Learning Asisstance Hub’ menggunakan 60 peratus kepakaran AI, sementara itu 40 peratus lagi adalah menerusi jawapan daripada guru bertauliah. “Ada dua pilihan untuk mendapatkan jawapan sama ada daripada AI atau guru bertauliah, pengguna akan mendapat jawapan dalam hanya beberapa saat. Ada murid dan pelajar mahu mendapatkan jawapan menerusi carian di platform Google, namun timbul rasa kurang yakin berikutan tidak ada yang boleh mengesahkannya. “Satu soalan ditanya di Google kita akan dapat 10 jawapan, timbul keraguan dan tidak pasti. Tetapi platform MyLAH ini akan membantu pelajar mendapatkan jawapan yang tepat daripada kepakaran tenaga pengajar dan robot AI,” katanya.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman (tengah) bergambar bersama selepas Majlis Pelancaran My Learning Assistance Hub (MyLAH) di Dewan Taming Sari UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Foto MR AZLI

SHAH ALAM - BjaQ Group (M) Sdn Bhd memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) pendidikan menerusi platform media sosial yang menggabungkan fungsi teknologi itu dan bantuan daripada guru berkemahiran untuk membantu pelajar. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amirul Anas Abdul Aziz berkata, gabungan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memilih salah satu perkhidmatan antara kedua tawaran itu bagi memudahkan sesi soal jawab berkaitan pelajaran.

“Pengoperasian bagi perkhidmatan itu disediakan menerusi aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram setiap hari tanpa henti untuk memberi peluang kepada pelajar dalam mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pelajaran. “Pada permulaannya agak mencabar tetapi setelah melakukan jerayawara (roadshow) dan ujian rintis kepada pelajar di sekolah, ia diterima baik oleh guru serta pelajar mengenai konsep pembangunan AI pendidikan ini,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Penasihat IT BjaQ Group dan Pakar Pengkhususan Bidang, Ridzman Azzahri memberi penerangan mengenai AI Pendidikan kepada pelajar di Maahad Ehyak Diniah Islamiah Jalan Tanjung Tualang, Perak pada Sabtu